Maritim Malaysia bawa bayi 11 bulan di Pulau Redang ke hospital - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia bawa bayi 11 bulan di Pulau Redang ke hospital

BAYI berusia 11 bulan dari Pulau Redang didukung ahli keluarganya ketika menaiki KM Nusa bagi dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bayi lelaki berusia 11 bulan dari Pulau Redang yang mengalami simptom najis berdarah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dengan bantuan Kapal Maritim (KM) Nusa, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bantuan pemindahan perubatan (Medevac) Muhammad Zaim Aiman itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan dari Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan pada pukul 7 malam.

Katanya, KM Nusa yang ketika itu beroperasi di sekitar perairan Pulau Redang segera digerakkan ke lokasi pesakit bagi melaksanakan khidmat tersebut.

Pesakit yang ditemani ibu bapanya terus dikejarkan ke hospital sejurus selepas tiba di jeti Maritim Malaysia negeri pada pukul 3 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi meminta orang ramai untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Terengganu di talian 09-6223657. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya