Maritim bantu bawa kanak-kanak sesak nafas di Pulau Aur - Utusan Malaysia

Maritim bantu bawa kanak-kanak sesak nafas di Pulau Aur

KANAK-KANAK yang mengalami sesak nafas di Kampung Teluk Behala, Pulau Aur berjaya dibawa ke Hospital Mersing dengan bantuan Maritim Malaysia di Mersing, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengalami masalah sesak nafas di Kampung Teluk Behala, Pulau Aur, di sini dibawa ke Hospital Mersing, semalam.

Masalah lokasi yang terpisah dengan daratan itu direspons Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing yang membantu membawa kanak-kanak itu dengan segera.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, misi bantuan kecemasan itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi.

“Pihak maritim telah menerima panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing memaklumkan seorang kanak-kanak, Nur Izzara Aliasha Hirwanizam sesak nafas dan perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital Mersing.

“Sejurus selepas menerima maklumat tersebut, bot Perkasa 31 yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah diatur gerak ke Pulau Aur untuk memberi bantuan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, sekitar pukul 3.30 petang, bot berkenaan yang membawa adik Nur Izzara Aliasha bersama dua petugas PKD Mersing tiba di Jeti Syahbandar.

“Mereka kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk bantuan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN