Jumlah pakar perubatan keluarga masih rendah - Noor Hisham

Jumlah pakar perubatan keluarga masih rendah – Noor Hisham

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pakar perubatan keluarga (FMS) di negara ini masih rendah berbanding keperluan negara ketika ini, kata Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, ini berikutan nisbah terkini FMS kepada populasi adalah seorang pakar bagi setiap 50,000 populasi berbanding nisbah ideal seorang pakar untuk setiap 4,000 populasi.

“Sehingga Disember 2021, terdapat seramai 924 orang FMS di seluruh Malaysia termasuk 625 orang yang sedang berkhidmat di 397 buah Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan. 

“Namun, jumlah ini masih rendah berbanding keperluan sebenar negara di mana nisbah terkini FMS kepada populasi adalah 1:50,000 berbanding nisbah ideal 1:4000. 

“Buat masa ini, kementerian mensasarkan untuk sekurang-kurangnya satu orang FMS di setiap 1060 Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan seluruh negara,” katanya dalam hantaran melalui Facebook hari ini, sempena Majlis Konvokesyen Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM).

Menurut Noor Hisham, merupakan antara barisan hadapan utama dalam menangani pandemik Covid-19. 

Di peringkat kesihatan primer, beliau berkata, FMS memainkan peranan utama dalam mengetuai pasukan kesihatan di lapangan. 

“Latihan kepakaran perubatan keluarga kini ditawarkan di enam buah universiti tempatan (Sarjana Perubatan Keluarga) dan melalui laluan paralel di bawah program yang ditawarkan Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia.

“Semoga fraterniti ini akan terus berkembang maju dan lebih ramai pegawai perubatan memilih kepakaran ini agar tahap kesihatan individu, keluarga dan masyarakat terus ditambahbaik dan konsep “Satu Keluarga Satu Doktor” akan tercapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN