Eskalator stesen LRT Ampang Park terbakar

Eskalator stesen LRT Ampang Park terbakar

PEJALAN kaki melewati eskalator jejantas yang terbakar di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eskalator di Stesen LRT Ampang Park di Jalan Ampang, Kuala Lumpur disahkan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, anggotanya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.16 pagi sebelum tiba 12 minit kemudian.

Katanya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Setiawangsa kemudian sampai ke lokasi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di suis kotak kawalan. Kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbungnya.

“Pihak pengurusan menutup operasi eskalator kepada orang awam bagi langkah keselamatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan bomba memaklumkan bahawa 90 peratus kebakaran melibatkan eskalator merebak sehingga siling bumbung premis.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya