Dua beranak dicekup edar syabu RM1.95 juta - Utusan Malaysia

Dua beranak dicekup edar syabu RM1.95 juta

AHMAD Jefferi Abdullah (tengah) menunjukkan hasil rampasan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua beranak dikesan sanggup bermalam di inap desa semata-mata mahu mengedar syabu bernilai RM1.95 juta di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, baru-baru ini.

Bapa dan anak berusia 26 serta 49 tahun yang menetap di Kelantan itu turut menyewa sebuah rumah teres untuk menyimpan dadah tersebut.

Kegiatan haram mereka sejak awal tahun ini bagaimanapun tumpas apabila dicekup dan digempur Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, pukul 4.50 petang Khamis lalu.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, penahanan dua suspek termasuk seorang warga Thailand itu dilakukan di sebuah kawasan parkir kedai di Bandar Saujana Putra.

Katanya, ketika serbuan suspek yang menaiki sebuah pacuan empat roda dipercayai sedang memunggah barang dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan kemudian menemukan sebuah kotak berisi 10 bungkusan teh Cina mengandungi dadah jenis methamphetamine. Ia kemudian membawa kepada penemuan 43 lagi bungkusan sama di sebuah rumah teres dua tingkat di sekitar kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Jelas Ahmad Jefferi, kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan seberat 54.06 kilogram (kg) dan bernilai RM1.95 juta.

“Semakan mendapati seorang daripada suspek iaitu si anak memiliki rekod jenayah berkaitan Akta Racun 1952. Kita turut merampas sebuah kenderaan dan sejumlah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM60,400,” jelasnya.

Kata beliau, siasatan mendapati suspek memperoleh bekalan dadah itu dari negara jiran dan mengedarkannya di sekitar Selangor.

“Mereka dipercayai menyewa inap desa untuk bermalam dan menyimpan dadah di sebuah rumah sebelum mengedarkannya. Suspek berkemungkinan turut melakukan kegiatan itu di negeri lain dan kita sedang mengesan individu lain yang terlibat,” katanya.

Tambah Ahmad Jefferi, kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.