Dokumen palsu: Bekas pengurus pengangkutan FGV  dijel sehari - Utusan Malaysia

Dokumen palsu: Bekas pengurus pengangkutan FGV  dijel sehari

WAN Kamarulbahri Wan Roslan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa melantik syarikat isterinya sebagai sub kontraktor kepada FGV Transport Services Sdn Bhd, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  “Apa yang kamu dah buat, jumlah (rasuah) makin lama makin tinggi, alasan kamu bertindak demi membantu syarikat tidak boleh diterima, kerana ia sebenarnya untuk kamu sendiri.” 

Demikian kata-kata Hakim Rozilah Salleh yang menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 terhadap Wan Kamarulbahri Wan Roslan yang mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan sub kontraktor isterinya, tiga tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut  bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, bekas pengurus syarikat pengangkutan FGV Transport Services Sdn. Bhd.  didakwa menggunakan surat permohonan Syarikat Kay R Resources (M) Sdn. Bhd. bertarikh 20 Ogos 2019 sebagai tulen.

Ia bagi mendaftar sebagai sub kontraktor pengangkutan kepada FGV Transport Services Sdn. Bhd. bagi mengangkut minyak sawit dan baja, yang tertuduh ketahui ia adalah dokumen palsu.

 

Kesalahan

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang pada 26 Ogos 2019 dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Wan Kamarulbahri, 37, memberitahu mahkamah dia melakukan kesalahan itu bagi memudahkan operasi syarikat majikannya berhadapan permintaan tinggi terhadap pengangkutan bagi mengangkut minyak sawit dan baja  di Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, alasan tersebut ditolak Rozilah setelah mendapati terdapat transaksi dikesan berlaku selepas tertuduh meletakkan jawatan dalam syarikat tersebut pada Jun 2020.

“Dalam rayuan tadi dinyatakan kamu telah meletak jawatan sekitar Jun 2020, tetapi saya ada tengok dalam transaksi (dengan subkontraktor dilantik) kamu letak jawatan bulan Jun, 24 transaksi tersebut bermula 25 Jun pun masih lagi teruskan.

“Yang kamu kata untuk membantu syarikat, saya tidak terima. Saya hendak kamu tahu kesalahan yang kamu buat adalah untuk kepentingan diri kamu sendiri. Alasan kamu kata untuk tujuan membantu syarikat saya tidak terima,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noryusriza Zulkifli sementara tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya