Siti Kasim bertanding PRU-15 di bawah Gerak Independent - Utusan Malaysia

Siti Kasim bertanding PRU-15 di bawah Gerak Independent

SITI ZABEDAH KASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan inisiatif bersama yang membantu menilai dan mempromosikan calon-calon bebas bertanding dalam pilihan raya dikenali sebagai Gerak Independent, mengenal pasti 15 kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Lima daripada keseluruhan kawasan Parlimen diperhati itu adalah milik gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) iaitu Batu, Subang, Wangsa Maju, Petaling Jaya dan Kota Kinabalu.

Gerak Independent dalam satu kenyataan hari ini berkata, peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim yang menjadi salah seorang calon dalam kumpulan berkenaan akan bertanding di salah satu daripada keseluruhan kawasan Parlimen itu.

Katanya, Siti Kasim mahu melindungi dan memelihara hak rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan gerakan tersebut akan mewujudkan Malaysia yang adil, bersatu dan makmur.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Tun Dr. Ismail merangkap anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman turut merahsiakan kawasan yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Kumpulan itu antara lain meletakkan calon-calonnya di kawasan pembangkang iaitu Ravee Suntheralingam (Wangsa Maju); KJ John (Petaling Jaya); Charles Chow Chon Jin (Subang); Roland Cheng (Kota Kinabalu) dan terbaru, Remy Tony Sulil Majangkim yang akan bertanding di Parlimen Sandakan.

Gerak Independent merupakan inisiatif gerakan bebas untuk mengembalikan kuasa pemilihan wakil-wakil rakyat kepada rakyat, membantu rakyat menilai calon pilihan raya sebelum menyerahkan calon kepada rakyat untuk ‘penghakiman’ dan pemilihan.

Melalui laman rasminya, gerakan itu memulakan inisiatif dengan memilih sebilangan kecil wakil yang bersikap jujur, berkebolehan dan mempunyai hala tuju yang sama.

Berpegang kepada lima prinsip, Gerak Independent mahu menamatkan politik perpecahan, memenuhi janji-janji yang pada Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 tanpa berlengah lagi, mengembalikan jaminan kebebasan dan kuasa institusi kepada rakyat dan mewujudkan dasar-dasar afirmatif berdasarkan keperluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya