Ada orang nak lagakan saya dengan Presiden - Tok Mat

Ada orang nak lagakan saya dengan Presiden – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat pihak cuba untuk melagakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memecahkan parti itu.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, beliau kekal memilih untuk terus setia kepada parti walaupun terdapat pelbagai usaha yang dibuat pihak tertentu bagi melagakannya dengan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Ada orang nak lagakan saya dengan Datuk Seri (Zahid). Apa orang tak cakap pasal Datuk Seri, adu domba untuk lagakan tetapi saya butakan mata dan tenangkan jiwa untuk bersama dengan parti,” katanya berucap padapembukaan Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad berkata, dirinya tidak lagi mengejar kedudukan atau kerjaya politik sebaliknya mahu menumpukan sumbangan kepada UMNO dan negara.

“Saya nak bercakap hari ini ketika menyambut usia 70 tahun, i got nothing to lose. Saya bukan lagi nak cakap pasal kerjaya tetapi hendak bagi balik sumbangan kepada parti dan negara,” katanya.

Katanya, UMNO tidak boleh berpecah dan harus bersatu untuk menjadikan parti itu kembali dominan.

“Parti yang berpecah belah akan mudah diperlakukan dan dipergunakan oleh pihak berkepentingan dari dalam dan luar.

“Ia akan menjerumuskan kita ke dalam percaturan yang akhirnya sedikit demi sedikit meminggirkan dan mengecilkan peranan kita. Jangan ada anasir mahu mengadu domba dan melaga-lagakan kita antara satu sama lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini