Raja Perlis terima sembah menghadap Ketua Polis Negara

Raja Perlis terima sembah menghadap Ketua Polis Negara

TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (tengah) bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menerima kunjungan sembah mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (kanan) di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenaan berangkat menerima kunjungan sembah menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan timbalannya, Datuk Razarudin Husain di Balai Menghadap Biru, Istana Arau di sini semalam.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Acryl Sani turut diiringi Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Senior Asisten Komisioner, Kamaruzaman Abdullah.

Dalam pertemuan itu, Acryl Sani mempersembah maklumkan kepada baginda mengenai perkembangan terkini pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah dan keselamatan awam khususnya yang melibatkan negeri Perlis.

Selesai majlis itu, Acryl Sani dan Razarudin turut singgah melawat Galeri Diraja Arau.

Baginda turut bertitah, sejarah berulang kali membuktikan rasuah dan salah guna kuasa telah meruntuhkan banyak tamadun dan negara di dunia. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN