PRN Johor: Pemilihan calon UMNO lebih baik kali ini

PRN Johor: Pemilihan calon UMNO lebih baik kali ini

MAHDZIR Khalid merakam swafoto bersama mahasiswa UniKL ketika mengadakan lawatan ke UniKL Mitec, Pasir Gudang di Johor. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Proses pemilihan calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya bagi UMNO tidak berdepan banyak masalah dan berjalan lebih lancar kali ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung memudahkan semua calon parti tersebut yang dipilih untuk bertanding dalam PRN Johor.

“Secara keseluruhan kepanasan dalam parti berkaitan calon sudah berada pada tahap rendah, tiada tekanan macam dulu-dulu bila ada yang tak mahu balik atau tak mahu datang (mereka yang tidak terpilih sebagai calon),” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar ditemui selepas melakukan lawatan di UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC) Pasir Gudang, di sini.

Mahdzir berkata demikian ketika ditanya sama ada UMNO mempunyai masalah berkaitan pemilihan calon-calon mereka untuk PRN Johor sehingga hari penamaan semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap itu percaya pengundi akan dapat menerima gandingan muka baharu yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) meliputi 70 peratus calon baharu.

Kata beliau, BN turut mengemukakan ramai calon wanita kerana mereka bukan sahaja berkelayakan tetapi setanding dengan calon lelaki.

Tambah Mahdzir, gabungan itu akan bekerja keras di semua kawasan untuk memenangi PRN tersebut termasuk di Parlimen Pasir Gudang yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas dan Johor Jaya.

“Kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan calon-calon yang kita letakkan menang di semua kawasan. Kita percaya pembangkang akan cuba mencipta isu kerana disebabkan tidak banyak isu.

“Apa yang paling penting adalah tawaran BN iaitu yang pertama kestabilan politik. Kestabilan ini untuk kesejahteraan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN