Mungkin ada ralat dalam profil - calon Muda

Mungkin ada ralat dalam profil – calon Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor, Mohd. Azrol Ab. Rahani memberitahu kemungkinan berlaku ralat terhadap profilnya sehingga dikaitkan pernah terlibat dengan animasi popular Anak-Anak Sidek dan Keluang Man.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah mendakwa mengakui bahawa dirinya adalah tulang belakang kepada kedua-dua animasi berkenaan.

“Kerdil betul bila saya dengar ada petikan saya ini tulang belakang. Bila saya tengok kembali video pengumuman, tak ada pun sebut menjadi tulang belakang.

“Mungkin ada ralat waktu profil saya diumumkan. Cuma saya nak sebut, waktu kegemilangan animasi tempatan, saya adalah antara insan yang bertuah merasai pengalaman di dunia animasi, cuma bukan lagenda Anak-Anak Sidek dan Keluang Man,” katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial bahawa beliau adalah tulang belakang bagi dua siri animasi berkenaan apabila Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperkenalkannya sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai.

Tambah Mohd. Azrol, pihaknya sedar soal hak cipta sesuatu jenama termasuklah dalam bidang animasi perlu dipelihara dengan baik.

“Saya tidak ada niat untuk melafazkan atau melakukan perkara perkara yang mengguris hati rakan-rakan komuniti animasi tempatan. Untuk itu, saya mohon maaf atas perkara ini. Saya sedia ditegur. Kalau ada masa untuk bertemu, saya boleh bertemu kawan-kawan juga. 

“Tapi saya memang terlibat dalam pembikinan animasi tempatan waktu berada di Makmur Megah. Waktu itu, saya antara yang terlibat dengan team animasi Wise Mise sebagai animator, syarikat ini juga yang menerbitkan animasi Mergastuah dan Tok Tam,” ujarnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN