Langgar lampu isyarat depan sekolah, pemandu Perodua Myvi disaman

Langgar lampu isyarat depan sekolah, pemandu Perodua Myvi disaman

TANGKAP layar video tular pemandu Perodua Myvi melanggar lampu isyarat hingga nyaris merempuh seorang murid di depan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis menyaman pemandu Perodua Myvi yang didapati melanggar lampu isyarat hingga nyaris-nyaris merempuh seorang murid di depan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, pemandu wanita yang merupakan suri rumah itu disaman di kawasan Batu Buruk di sini pada pukul 4.10 petang.

Katanya, tindakan itu diambil susulan video tular dalam media sosial yang memaparkan kegagalan pemandu Perodua Myvi berkenaan memberhentikan kenderaan ketika di lampu isyarat.

Sepasukan anggota JSPT berjaya mengesan pemandu kenderaan itu di kawasan Batu Buruk dan satu saman dikeluarkan mengikut Rule 17 LN 167/59.

“Polis sentiasa peka dan komited dalam memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi sepenuhnya oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang kemalangan dan kecelakaan di samping memastikan kedaulatan undang-undang terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berdurasi enam saat itu mendapat kecaman ramai dan rata-rata netizen menggesa polis mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya