Kerajaan PN tidak gagal - Muhyiddin

Kerajaan PN tidak gagal – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak tanggapan bahawa kerajaan yang dipimpinnya gagal melaksanakan tanggungjawab ketika berlakunya Covid-19.

Katanya, dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, beliau mengarahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 bagi membendung penularan pandemik  tersebut.

Katanya, walaupun tiada pengalaman menguruskan Covid-19 seperti negara-negara lain, beliau bersama barisan Kabinet sentiasa bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP dengan melarang rakyat bergerak dan duduk di rumah adalah kaedah terbaik supaya jumlah mereka yang dijangkiti dapat dikurangkan setiap hari.

“Sehinggalah Menteri Sains dan Invosi ketika itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan ada pihak menawarkan penjualan vaksin kepada Malaysia. Walaupun tidak tahu harga, saya meminta beliau beli pada peringkat awal meskipun pada asalnya dikhususkan kepada negara-negara miskin,” katanya semada berucap pada majlis Resepsi Tahun Baharu Cina PN di Pekan Nanas, di sini malam tadi.

Tambah Muhyiddin, dengan adanya vaksin,  rakyat Malaysia telah menerima suntikan melibatkan kos perbelanjaan kira-kira RM400 juta bagi melindungi penduduk negara ini.

“Suntikan vaksin telah dapat membantu mengurangkan jangkitan. Ini menunjukkan satu kejayaan kepada Kerajaan PN yang  dapat menyelamatkan nyawa rakyat di negara ini walaupun berlaku kematian yang tidak dapat dielakkan,” ujarnya.

Tambahnya, selain soal nyawa, beliau juga perlu memikirkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika itu sehingga ramai penduduk hilang pekerjaan termasuk golongan peniaga kecil.

“Semua keadaan tersebut diambil kira dan dibincang setiap hari supaya  sistem bank dan ekonomi tidak runtuh sekiranya penutupan sektor tersebut turut dilakukan secara terus oleh kerajaan,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi dilakukan bagi membolehkan rakyat memperoleh  faedah seperti moratorium, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan kepada pengusaha serta peniaga kecil.

Justeru, beliau berharap rakyat Johor dapat membuka mata mengenai perkara tersebut dan PN adalah  kerajaan yang berjaya menguruskan negara dengan baik serta prihatin terhadap masalah rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya