Isu anak Loh Siew Hong: Yadim kesal kenyataan provokatif Ramasamy 

Isu anak Loh Siew Hong: Yadim kesal kenyataan provokatif Ramasamy 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kesal dengan tindakan dan kenyataan provokatif Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dan beberapa ahli politik berhubung isu anak-anak Loh Siew Hong. 

Yadim menerusi kenyataan berkata, kenyataan dibuat Ramasamy dilihat menimbulkan isu pengislaman secara unilateral, penguatkuasaan berpihak oleh pihak berkuasa dan sangkaan buruk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. 

Menurutnya, NGO Islam hanyalah menawarkan perlindungan kepada anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa mereka yang bukan Islam ketika itu. 

“Kes yang pada asalnya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak Siew Hong telah diulas dengan nada yang begitu provokatif oleh Ramasamy dan rakan-rakan beliau.

“Tindak-tanduk Ramasamy ini tidaklah begitu sukar untuk diduga kerana kenyataan terbaru beliau di laman Facebook peribadi yang mempersoalkan sikap parti politik lain yang dilihat ‘membisu’ dalam soal ini,” katanya. 

Katanya, Yadim ingin mengingatkan Ramasamy dan rakan-rakannya bahawa undang-undang itu perlu dihormati. 

Menurut Yadim lagi, kenyataan yang menggunakan istilah penculikan, manipulasi, paksaan, ancaman dan sebagainya tanpa dibuktikan secara terang-terangan dilihat tidak menghormati undang-undang. 

“Tidakkah lebih baik Ramasamy menyemak kembali mengapakah pihaknya tidak memberi pembelaan kepada keluarga ini semasa mereka bermasalah sebelum ini dan ketika suami dan anak-anak tersebut belum beragama Islam. 

“Perlu ditegaskan bahawa Islam sama sekali tidak mengizinkan paksaan untuk memeluk Islam namun, Islam juga tidak mengizinkan penghinaan diberikan kepada umat ini.  Tambahan lagi kenyataan itu dari individu yang dilihat konsisten dalam menimbulkan sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya,” katanya. 

Sebelum ini, seorang ibu berusia 34 tahun, Loh Siew Hong, membuat laporan polis bagi meminta kepulangan tiga anaknya, yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah NGO mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya