Individu tidak divaksinasi paling tinggi kes serius Covid-19

Individu tidak divaksinasi paling tinggi kes serius Covid-19

KHAIRY Jamaluddin bercakap dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kadar kes serius bagi Covid-19 paling tinggi dalam kalangan individu yang tidak divaksinasi tetapi dos penggalak jelas mengurangkan risiko, terutamanya untuk warga emas.

Khairy berkata, sebab itu berlaku sedikit peningkatan dalam bilangan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kes kematian akibat Covid-19.

“Daripada 194 kes kategori tiga, empat dan lima yang baru dilaporkan semalam, 153 kes atau sebanyak 78.87 peratus adalah tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi atau telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Walaupun peningkatan kes harian dan juga bilangan kemasukan ke hospital, vaksin menunjukkan keberkesanan yang amat baik dalam melindungi individu daripada jangkitan yang lebih teruk,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di ICU semalam, merekodkan peningkatan, 305 kes berbanding kelmarin, 286 kes.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 191 kes berbanding kelmarin, 180 kes.

Malaysia mencatatkan sebanyak 31,199 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin, 27,179 kes sekali gus mengatasi 19,037 kes sembuh. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN