Ibu hamil maut, bayi terkeluar dari rahim dalam nahas - Utusan Malaysia

Ibu hamil maut, bayi terkeluar dari rahim dalam nahas

KEADAAN Nor Haliza Abdul Yazaib yang maut dalam kemalangan di Kampung Banggol Stol,Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang ibu hamil sembilan bulan maut dalam keadaan menyayat hati dengan anak yang bakal dilahirkan terkeluar dari kandungan selepas terbabit dalam nahas di Kampung Banggol Stol Repek di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, maut di lokasi selepas motosikal ditunggang bersama seorang lagi anaknya yang berusia enam tahun bertembung dengan sebuah lagi motosikal dinaiki seorang pemuda.

Lebih memilukan, bayi lelaki yang terkeluar dari kandungan mangsa terbabit disahkan turut meninggal dunia selepas kira-kira lima jam dirawat Hospital Pasir Mas (HPM), di sini.

Turut maut, pemuda yang bertembung dengan mangsa, Muhamad Shakim Mohd. Zaki, 18, yang disahkan meninggal dunia pukul 10.45 malam ketika dirawat di HPM.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa kejadian, Nor Haliza bersama anak perempuan berusia enam tahun dalam perjalanan dari rumah ke kedai runcit.

Apabila tiba di lokasi, motosikal jenis Yahama Y-15 yang ditunggang Muhamad Shakim dipercayai telah memasuki laluan Nor Haliza, lalu bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave ditunggang wanita itu.

“Kesan pelanggaran itu mengakibatkan Nor Haliza meninggal dunia dan bayi dalam kandungan telah terkeluar. Ketika itu bayi masih lagi bernyawa dan dibawa ke HPM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin berkata, seorang lagi anak mangsa, Nurul Iman Maisara Mohd. Khairi, 6, juga parah dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPM.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya