Graduan PAKK kecewa tidak diberi peluang

Graduan PAKK kecewa tidak diberi peluang

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung rintihan dalam kalangan lepasan graduan PAKK apabila lebih 1,000 graduan bidang itu yang ditemuduga dalam pengambilan khas, hanya 12 calon lulus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lepasan graduan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) berdepan krisis mendapatkan tempat mengajar apabila terpaksa menunggu selama satu hingga tiga tahun kerana bilangan tempat disediakan sangat sedikit.

Bekas graduan PAKK daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Sitti Rabi Lumok mewakili rakan-rakannya, meluahkan perasaan hampa apabila keputusan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengecewakan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan tempat dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan akhirnya memilih menjadi guru tadika di sekolah swasta.

“Lebih-lebih lagi tulang belakang keluarga saya iaitu mak baru sahaja meninggal dunia akibat Covid-19 dan ayah pula hnya bekerja sendiri. Saya sebagai anak sulung sangat memerlukan pekerjaan untuk kelangsungan hidup lebih-lebih lag masih mempunyai adik kecil untuk bersekolah serta terlalu banyak tekanan dari pihak lain.

“Saya bukan tidak menerima atau mempersoal rezeki siapa-siapa tetapi jika jurusan lain boleh mendapat tempat bagi bukan jurusan mereka mengapa kami tidak diberikan peluang yang sama. Sedangkan sewaktu belajar di universiti saya dan rakan-rakan PAKK telah didedahkan dengan pelbagai subjek dan boleh digelar sebagai graduan serba boleh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara one-off yang berjaya dalam temuduga fasa dua dan tiga boleh mula membuat semakan penempatan bermula semalam.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan 8,210 calon guru itu ada rintihan dalam kalangan lepasan graduan PAKK apabila lebih 1,000 graduan bidang itu yang ditemuduga dalam pengambilan khas hanya 12 calon sahaja lulus.

Sementara itu, bekas graduan, Wan Noor Farahanis Wan Abdul Bakar pula berkata, isu tersebut sudah berlarutan sejak 2013 dan setiap graduan menanti pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu kerana tidak semua tadika swasta mengambil graduan lepasan PAKK bekerja.

“Kami dilatih mengajar pelbagai subjek di peringkat awal. Mengapa kami tidak diberi peluang untuk mengajar opsyen Pendidikan Khas dan Bahasa Melayu sekolah rendah bagi tahap satu? Sedangkan graduan yang di luar opsyen boleh lulus dengan jayanya di bidang ini.

“Seperti sedia maklum musim pandemik ni, pengawalan terhadap kanak-kanak perlu lebih ketat untuk menghalang penularan. Jadi dengan membuka lebih banyak kelas prasekolah membantu dalam memastikan keselamatan mereka. Ramai graduan PAKK bersedia menggalas tanggungjawab itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya