Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual

Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual

ABD Jalil Hassan (kanan) semasa sidang akhbar di IPD Tenom, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pertuduhan yang dihadapkan ke mahkamah hari ini membabitkan seorang pengadu yang membuat laporan polis pada 7 Ogos tahun lalu.

Pengadu mendakwa menerima hantaran gambar dan perkataan lucah daripada pendakwah terkenal itu antara Mac hingga Jun 2021 dan kejadian tersebut didakwa berlaku di Tenom.

“Hari ini tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tenom bagi 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membuat hantaran gambar dan perkaraan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp. Mengikut pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)  di sini hari ini.

EBIT LEW

Abd. Jalil berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi bagi mengganggu prosiding mahkamah berkaitan kes tersebut.

“Biar undang-undang dilaksana secara adil-adilnya kepada mereka yang dituduh dan juga pengadu yang terlibat. Kita serahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan berkaitan unsur fitnah juga telah dilakukan tetapi di akhir siasatan setelah dikumpul bukti-bukti yang ada, hasilnya kes ini dibawa ke mahkamah.

Tambahnya, siasatan selanjutnya bergantung kepada apa yang berlaku dipenghujung perbicaraan kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut untuk tampil membantu siasatan polis. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya