Daftar Pemilih Pilihan Raya PRN Johor sudah mula dijual

Daftar Pemilih Pilihan Raya PRN Johor sudah mula dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menjual senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya  (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 mulai semalam untuk tujuan semakan.

SPR dalam kenyataan memaklumkan, DPPR itu yang mengandungi Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 (DPT BLN12/2021) dan Daftar Pemilih Induk  2021 (DPI 2021) boleh didapati secara hardcopy atau softcopy di Ibu Pejabat SPR di sini atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor.

Menurutnya, SPR juga menyediakan kemudahan semakan  secara dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, di mana pemilih  berdaftar yang mempunyai akaun MySPR (sebelum ini  dinamakan MySPR Daftar) juga boleh menyemak senarai nama  pemilih dalam DPT  BLN12/2021 bagi bahagian pilihan rayanya. 

“Selain semakan tersebut, sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,  SPR juga dibenarkan menjual daftar pemilih termasuklah DPT  BLN12/2021 dan DPI 2021 hardcopy dan softcopy

“Daftar  pemilih softcopy boleh didapatkan dalam dua format berbeza iaitu format portable document format (pdf) atau format microsoft  access (mdb) dengan kadar harga yang ditetapkan,” katanya hari ini.

SPR memaklumkan, DPT  BLN12/2021 sudah diwartakan pada 14 Januari lalu dan DPI 2021 pada 17 Januari lalu. 

Bermula dari tarikh-tarikh  pewartaan tersebut, DPT BLN12/2021 dan DPI 2021 terbuka  untuk disemak melalui beberapa kaedah semakan yang  disediakan sepertimana dimaklumkan SPR melalui kenyataan media bertarikh 14 Januari lalu. 

SPR berkata, pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab  serta fungsi-fungsinya dan salah satunya urusan penyediaan  daftar pemilih yang kini diperakukan dan diwartakan secara  bulanan.

SPR menegaskan bahawa pelaksanaan pendaftaran pemilih  secara automatik bagi warganegara Malaysia yang telah  mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah berdasarkan  maklumat warganegara yang diterima daripada Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN). 

“SPR menasihatkan kepada semua bakal pengundi PRN Johor untuk membuat semakan maklumat pusat  mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka di  pautan https://mysprsemak.spr.gov.my.

“Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih  MySPR Semak atau menelefon ke talian 03-88927018 atau  melalui aplikasi MySPR Semak mulai semalam,” katanya. 

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh menuntut SPR menjawab dan memberikan jawapan yang telus mengenai keengganan badan itu menjual data senarai pemilih terutamanya di Johor.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya