Bekalan air 23 kawasan pulih malam ini - Utusan Malaysia

Bekalan air 23 kawasan pulih malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bekalan air di 23 kawasan yang terjejas ekoran insiden paip pecah di Jalan Batang Berjuntai di sini, dijangka pulih secara berperingkat malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan proses itu akan berjalan secara berperingkat bermula pukul 8 malam ini.

“Kerja pembaikan sudah siap dilaksanakan dan bekalan air akan dibuka bagi proses pemulihan secara berperingkat.

“Oleh itu, kita sedang mengambil tindakan perlu bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan ke kawasan terjejas,” katanya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300. 

Terdahulu, insiden paip pecah menyebabkan Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada 3.10 pagi bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.

Kawasan terjejas antaranya pekan Bestari Jaya, Taman Pancaran, Taman Sri Indah, Taman Pelangi, Taman Kilauan, Jalan Rawang, Kampung Kuantan, Teluk Penyamun, Kampung Sepakat, Kampung Api-Api, Taman Bendahara dan seluruh Bukit Rotan.

Selain itu, ia melibatkan Taman Telaga Tujuh, Taman Paduka, Taman Sri Piai, Taman Sirambai, Taman Kuala Selangor Utama, Taman Kuala Selangor Jaya dan Assam Jawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN