Bandar Non-Ferus dibangunkan di Gurun

Bandar Non-Ferus dibangunkan di Gurun

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung tapak bekas kilang Perwaja Steel di Gurun, Kedah kini bukan sahaja terbiar malah penduduk mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di lokasi itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Syarikat United Base Metals (UBM) Sdn. Bhd. merancang membangunkan kawasan perindustrian baharu dikenali Bandar Non-Ferus di tapak bekas kilang Perwaja Steel, Gurun dekat sini.

Ahli Lembaga Pengarah UBM, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, syarikat itu bakal membeli keseluruhan tanah di kawasan tersebut yang berkeluasan kira-kira 200 hektar bagi melaksanakan pembangunan kawasan perindustrian itu.

Menurutnya, menerusi kewujudan Bandar Non-Ferus itu, beberapa kilang yang memiliki kaitan dengan unsur bukan besi lain seperti aluminium dan tembaga turut beroperasi di kawasan baharu tersebut.

Malah, katanya, pembangunan kawasan tersebut juga dijangka mampu menarik kehadiran lebih banyak pelabur baharu selepas ini.

“Melalui langkah tersebut, kita menjangkakan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan untuk penduduk setempat memandangkan nilai pelaburan dijangka mencecah antara RM2 bilion hingga RM3 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

UBM adalah anak syarikat kepada Kumpulan United yang terkenal dalam pengeluaran aluminium dan tembaga di negara ini.

Mohd. Rawi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri memberitahu, syarikat itu telah mengemukakan laporan tersebut kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 16 Januari lalu.

“Namun JAS meminta kami membuat pindaan terhadap beberapa perkara dan kami dijangka mengemukakan kembali laporan tersebut kepada mereka pada hujung bulan ini.

“Selepas semua itu selesai, tiada isu lain yang timbul dan kami akan memohon mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) secepat mungkin. Kami yakin semuanya berjalan lancar untuk membantu memajukan ekonomi negeri ini,” katanya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan tapak bekas kilang Perwaja Steel yang gah sebagai syarikat konglomerat suatu masa dahulu kini bukan sahaja terbiar malah penduduk mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di lokasi itu.

Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM), Zamil Ibrahim berkata, difahamkan terdapat tiga hingga empat buah kilang kitar semula beroperasi di kawasan kilang tersebut. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya