Anugerah Tokoh Kraf Negara 2022

Anugerah Tokoh Kraf Negara 2022

NANCY Shukri menyampaikan Anugerah Tokoh Kraf Negara kepada Norhaiza Noordin (dua, kanan) selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini. – UTUSAN/AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kraftangan Malaysia mengangkat Norhaiza Noordin sebagai penerima Anugerah Tokoh Kraf Negara yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam seni kraf ukiran kayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norhaiza berkongsi pengalamannya menemui Prince of Wales, Putera Charles di bangunan Oxford Centre, United Kingdom pada 2010.

“Saya ingat ketika itu, Putera Charles begitu kagum dengan seni ukiran kayu malah sukar untuk percaya ia adalah buatan tangan. Beliau menemui saya dan menggambarkan rasa teruja beliau dengan hasil karya saya.

“Pada 2017, Putera Charles mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan beliau telah menemui saya kerana belum boleh melupakan seni ukiran kayu yang dilihat sebelum itu. Ini menunjukkan bagaimana seni ini boleh memberi kesan kepada individu lain,” katanya.

Norhaiza bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepadanya yang menganggap seni ukiran kayu sebagai satu kaedah untuk membentuk jati diri selain terus memperjuang estetika  tradisional seni Melayu.

“Saya mula berminat dengan seni ukiran kayu pada usia 22 tahun apabila berkunjung ke bengkel Wan Su Othman di Alor Lintang, Besut, Terengganu dan itulah yang menjadi titik permulaan penglibatan saya dalam seni ini.

“Saya sangat terharu dengan penghargaan diberikan memandangkan tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada penglibatan saya dalam seni ini. Ini kerana bagi saya seni ukiran kayu mampu membentuk manamana individu mempertingkat disiplin serta jati diri.

“Seni ini berbeza dengan yang lain kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Penghasilan setiap karya memakan masa lama mengikut saiznya. Karya paling lama yang saya pernah hasilkan
memerlukan sehingga empat bulan untuk menjadi sempurna,” jelasnya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Hari KrafKebangsaan 2022.

Dalam majlis yang sama, Kraftangan Malaysia turut mengangkat dua individu sebagai tokoh usahawan kraf iaitu Ramtiniwaiti Ramlee sebagai penerima Anugerah Usahawan Kraf Muda 2022 dan
Salmah Abdul Aziz, pemilik Abas & Sal Batik sebagai penerima Anugerah Usahawan Kraf 2022.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya