Agong berkenan terima menghadap PM

Agong berkenan terima menghadap PM

agong
YANG di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet menerusi sidang video di Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra Kabinet yang berlangsung menerusi sidang video di Istana Negara hari ini.

Facebook Istana Negara memaklumkan, Mesyuarat Pra Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Yang di-Pertuan Agong  untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Sejak Isnin lalu, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Brunei selama dua hari dan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi lawatan itu, kedua-dua pemimpin itu mengambil peluang menilai kemajuan kerjasama sedang berjalan selain mengukuhkan hubungan serta kerjasama pasca Covid-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Perbincangan juga membabitkan cadangan mewujudkan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara di antara Malaysia dan Brunei, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan serta cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN