HULU TERENGGANU: Seorang warga emas maut dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh setelah motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superitenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan mangsa, Samaruzaman Ismail, 66, pada pukul 6.05 pagi. “Kejadian berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bukit Perah ke Masjid Bukit Perah.…










