Agensi capai usia 50 tahun perlu lakukan pembaharuan - Mahdzir

Agensi capai usia 50 tahun perlu lakukan pembaharuan – Mahdzir

MAHDZIR Khalid (dua dari kiri) menyampaikan sijil PPRT kepada salah seorang penerima menerusi Program Prihatin Keluarga Malaysia sempena Lawatan Kerja ke Kejora di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar meminta semua agensi wilayah di bawahnya yang telah mencapai usia 50 tahun memikirkan pembaharuan yang perlu dibawa dalam agensi masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setiap agensi perlu memikirkan apakah kelainan yang perlu dilakukan untuk tempoh 50 tahun mendatang agar berdaya saing dengan arus perkembangan semasa.

Katanya, usaha itu boleh dimulakan melalui sesi retreat untuk berkongsi buah fikiran dan perancangan melibatkan pelbagai pihak termasuklah boleh dihadiri beliau sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Macam saya katakan semua agensi wilayah telah sampai usia 50 tahun dan sudah sampai masanya mereka fikirkan apakah pula perancangan 50 tahun ke depan. 

“Dahulu polisi 50 tahun diubah ikut kesesuaian zaman tetapi sekarang kita kena cari idea baharu untuk laksanakan dalam kawasan,” katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Bandar Penawar, di sini hari ini.

Jelasnya, pemikiran baharu itu juga haruslah dapat menghasilkan satu standard yang mampu menarik para pelancong yang hadir dalam aspek pelancongan.

Katanya, jika dahulu agensi hanya fokus membina rumah tetapi perlu melihat permintaan berkaitan kesalinghubungan pula yang perlu ditambah baik dari masa ke semasa.

“Meskipun ia tiada dalam senarai tugas namun perlu memikirkan bagaimana hendak melakukannya. Connectivity bukan bawah Kejora tetapi bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia tapi sekarang ini kita tengok orang dalam Kejora berada di tahap capaian internet. 

“Kejora juga boleh usahasama kalau usahawan pelancongan dalam kawasan agensi hendak atau telah lakukan yang kita lihat ada potensi pelancongan mengapa tidak kita tolong dia. Ada usahawan yang berjaya dan Kejora boleh bantu untuk kukuhkan lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini