Tubuh RCI siasat Azam Baki,  bersihkan SPRM - Utusan Malaysia

Tubuh RCI siasat Azam Baki,  bersihkan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dan membersihkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran pelbagai isu melibatkan integriti badan itu. 

Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, apatah lagi isu tersebut yang terkini turut membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan sejumlah besar saham dalam sebuah syarikat senarai awam. 

Menurut  beliau, penjelasan yang dibuat Azam dalam sidang media kelmarin juga tidak memadai untuk menutup pemilikan saham awam dalam syarikat tersebut.

 “Lebih mengejutkan, pendedahan konflik itu tidak dibuat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) lebih awal, sebaliknya diketengahkan oleh pihak ketiga. 

“Kami memohon agar RCI dibentuk dan dipertanggungjawab untuk membersihkan nama baik SPRM yang kita tahu sebelum ini sudah terpalit dengan beberapa isu integriti dalam kalangan pegawai kanan SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertubuhan itu turut meminta Tan Sri Abu Zahar Ujang juga perlu dipanggil dalam siasatan sekiranya RCI ini dibentuk untuk mengenal pasti atas dasar dan faktor apa badan itu menegaskan Azam tidak melakukan sebarang salah laku.

Pada Selasa lalu, Azam menjelaskan isu adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham tidak harus menjadi isu dan memaklumkan sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya