PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengakui kelemahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang tidak berfungsi dengan baik antara punca kesesakan berlaku di beberapa plaza tol PLUS kelmarin. Seorang jurucakap PLUS berkata, pihaknya mengambil maklum masalah berkaitan sistem imbasan yang tidak berfungsi dengan elok sehingga menyebabkan palang tidak dibuka. “Berhubung kejadian imbasan dalam kadar perlahan, pihak teknikal akan mengambil tindakan susulan dengan kadar segera bagi memberikan keselesaan kepada pengguna RFID.…