Padah lawan arus, wanita maut kemalangan - Utusan Malaysia

Padah lawan arus, wanita maut kemalangan

KENDERAAN yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Tuaran Bypass di Kota Kinabalu awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tindakan seorang wanita memandu melawan arus membawa padah apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan kenderaan lain hingga menyebabkannya maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tuaran Bypass berhadapan Dewan Kebudayaan, kira-kira pukul 1 pagi tadi,  mangsa, Florenni Dominic, 28, yang memandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Jo Ak Hang berkata, tiga mangsa lain yang mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan siasatan, Perodua Kancil dipandu mangsa melawan arus hingga bertembung dengan kenderaan Perodua Alza yang sedang menghala ke Penampang.

“Pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun menyedari kenderaan mangsa dipandu melawan arus namun tidak sempat untuk mengelak kerana jarak kenderaan yang terlalu dekat. Kedua-dua kenderaan bertembung.

“Akibat pertembungan itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua penumpang bersamanya serta pemandu Perodua Alza yang cedera parah dibawa ke hospital,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE dan sampel darah mangsa akan diambil bagi analisis alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan.

Pasukan bomba turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya