Faisal dalam keadaan kritikal

Faisal dalam keadaan kritikal

KEADAAN Faisal Abdul Halim selepas di simbah asid oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan fizikal tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim agak kritikal ketika ini selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, tangan kiri pemain berusia 26 tahun itu agak parah dan sukar untuk bergerak.

“Selepas menjalani pembedahan, keadaan Faisal dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama (di Damansara) untuk menerima rawatan awal doktor (di sana) melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan ke hospital (di Shah Alam) dan rawatan susulan mendapati lecur berada pada tahap empat.

“Dia (Faisal) juga ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan dia mengerang kesakitan,” katanya.

Dalam insiden di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, Ahad lepas, Faisal yang mesra dengan gelaran Mickey disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota dalam insiden di Terengganu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN