PRK Kuala Kubu Baharu: 99 peratus tentera keluar mengundi - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: 99 peratus tentera keluar mengundi

Tentera mengundi
PROSES pengundian berlangsung pada hari pengundian awal dekat Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erskine, Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor, Selangor, semalam. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pengundian dalam kalangan pegawai dan anggota tentera pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erskine, hari ini mencapai 99 peratus.

Seramai 154 pengundi daripada 155 dilapor keluar mengundi sehingga pukul 1.30 tengah hari tadi.

Selain pengundian pada hari ini, seramai 83 lagi pegawai dan anggota dilapor sudah pun menunaikan tanggungjawab itu melalui undi pos menjadikan keseluruhan pasukan pertahanan negara itu mengundi pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, seramai 236 daripada 238 sudah keluar mengundi.

Daripada jumlah tersebut juga seramai 50 pasangan anggota dan pegawai di kem tersebut berdaftar untuk mengundi pada hari pengundian awal di sana.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan sehingga selepas sejam pertama sejak pusat pengundian awal di kem tersebut dibuka pada pukul 8 pagi kira-kira 80 peratus pengundi awal terdiri daripada pasukan polis, tentera dan pasangan keluar mengundi.

Di kem tersebut, seramai 14 petugas terdiri daripada pegawai dan anggota SPR serta tentera bertugas pada hari pengundian awal di kem tersebut.

Seramai 863 pengundi yang terdiri terdiri daripada polis dan tentera bersama pasangan masing-masing melaksanakan tanggungjawab membuat penentuan awal pemilihan wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Pusat pengundian di dua lokasi iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine di Kuala Kubu Baharu dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Komposisi pengundian bagi pasukan polis melibatkan saluran di lima daripada 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu 438 orang di Bandar Kuala Kubu Baharu, 149 di Kampung Air Jernih, 12 di Kerling, sembilan di Pekan Rasa dan 17 di Kampung Baharu Rasa.

Sementara seramai 238 tentera dan pasangan saluran mengundinya adalah di PDM Kampung Air Jernih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya