PETALING JAYA: Sanggup bayar sehingga RM3,000 malah bergadai nyawa merempuh ombak besar di laut yang bergelora ketika musim tengkujuh untuk memasuki negara ini secara haram. Bagaimanapun, malang nasib kira-kira 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia apabila bot dinaiki mereka karam dipukul ombak sebelum mendarat di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, kelmarin. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, setiap penumpang dipercayai dikenakan…










