Wanita sarat mengandung ditembak ketika majlis 'baby shower' - Utusan Malaysia

Wanita sarat mengandung ditembak ketika majlis ‘baby shower’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut akibat ditembak di kepala dan perut ketika menganjurkan majlis sambutan bayi yang  bakal dilahirkan (baby shower) kelmarin.

Lapor CNN, wanita itu ditembak ketika dia membuka hadiah yang diberikan oleh para tetamu dalam majlisnya.

Menerusi kenyataan, Jabatan Polis Phildadelphia memaklumkan wanita berusia 32 tahun itu ditembak pada pukul 8.35 malam waktu tempatan.

Selepas insiden itu, wanita tersebut dibawa ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia dan bayi dalam kandungannya juga maut.

“Bunyi tembakan itu dapat didengari oleh beberapa anggota polis yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mereka bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital,” jelas kenyataan itu.

Sehingga kini, suspek yang melepaskan tembakann itu masih diburu polis dan Datuk Bandar Philadelphia, Jim Kenney menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM209,126) untuk sebarang maklumat mengenai suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya