MyPerintis edar 1,000 topi keledar kanak-kanak - Utusan Malaysia

MyPerintis edar 1,000 topi keledar kanak-kanak

REEZALl Merican Naina Merican memakaikan topi keledar pada seorang pelajar selepas majlis program Adiwira Topi Keledar Pelajar Sekolah Rendah anjuran Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) peringkat Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,000 topi keledar akan diedar kepada para pelajar sekolah rendah terpilih di sekitar Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dalam usaha menyemai kesedaran tentang pentingnya keselamatan kanak-kanak di jalan raya.

Melalui kaji selidik yang telah dijalankan, cuma 15 peratus sahaja pembonceng motosikal yang menggunakan topi keledar untuk  pergi dan pulang dari sekolah.

Kebiasaannya golongan pelajar ini tidak menggunakan topi keledar atau menggunakan topi keledar mainan atau menggunakan topi keledar dewasa yang tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

Justeru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sumbangan tersebut bertepatan sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan dan melindungi pelajar ke sekolah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, inisiatif di bawah program Adiwira Topi Keledar Pelajar Sekolah Rendah anjuran Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis), Kurnia Insurans dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu harus diteruskan pada masa hadapan.

“Tahniah kepada Yayasan Perintis Malaysia atas inisiatif yang amat bermakna ini demi keselamatan anak-anak muda di jalan raya.

“Diharapkan sumbangan ini juga dimanfaatkan sebaiknya demi kebaikan semua,” katanya dalam kenyataan di Facebaook beliau selepas menyempurnakan majlis tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Yayasan Perintis Malaysia, Datuk Lawrence Low; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Rosli Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Roslan Saidin; Naib Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Nordin Wahab; Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus serta semua guru besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan wakil pelajar sekolah rendah sekitar Kepala Batas atas kejayaan program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.