Rumah jadi 'makmal' proses air ketum, empat lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Rumah jadi ‘makmal’ proses air ketum, empat lelaki ditahan

SEBAHAGIAN peralatan, air dan daun ketum yang dirampas PGA dalam serbuan di Tanah Merah, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Taktik licik menjadikan sebuah rumah di Jalan Pondok Lama di sini sebagai ‘makmal’ memproses air ketum sejak tiga tahun lalu terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Serbuan pukul 6 petang itu membawa kepada penahan empat lelaki serta rampasan air dan daun ketum serta peralatan bernilai hampir RM18,000.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota mendapati empat lelaki berada di hadapan rumah berkenaan dalam mencurigakan.

Katanya, menyedari kehadiran anggota PGA salah seorang suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas semula

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah motosikal Yamaha NVX di hadapan rumah, anggota menemukan lima bungkusan plastik mengandungi cecair kehijauan disyaki air ketum.

“Suspek kemudiannya membawa anggota ke sebuah bilik di dalam rumah sebelum pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah bungkusan plastik mengandungi daun ketum yang dipercayai digunakan untuk diproses,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, pemeriksaan di ruang tamu turut menemukan empat pil kemerahan disyaki dadah jenis yaba dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memasak dan menghasilkan air ketum di bahagian dapur

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudian menemukan 53 lagi bungkusan berisi cecair kehijauan disyaki air ketum yang disorokkan di kawasan semak di hadapan rumah.

“Hasil saringan air kencing mendapati yang dilakukan mendapatu tiga daripada empat suspek positif methamphetamine, manakala dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan Akta Racun 1952.

“Siasatan awal mendapati suspek utama telah aktif memproses air ketum di rumah itu sejak tiga tahun lalu bagi pasaran sekitar Bandar Tanah Merah,” katanya.

Beliau berkata, bekalan daun ketum dipercayai diperoleh dua kali seminggu daripada seorang lelaki dikenali sebagai Sahak dari Jedok, Tanah Merah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN