Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya kebal, tewaskan Vietnam 1-0

Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya kebal, tewaskan Vietnam 1-0

PENYERANG Harimau Malaya, Fergus Tierney meraikan jaringan ketika berdepan Vietnam pada penentuan tempat 3/4 Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), hari ini.-IHSAN Malaysia NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol yang dihasilkan pemain gantian itu bukan sahaja menghadiahkan kedudukan ketiga buat Malaysia, malah melengkapkan kempen tanpa kalah skuad kebangsaan sepanjang kejohanan berkenaan.

Turun dengan misi menutup saingan dengan keputusan positif, kedua-dua pasukan melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasan utama berbanding perlawanan terdahulu.

KESEBELASAN Utama Harimau Malaya ketika menentang Vietnam di Piala ASEAN FIFA 2026.

Malaysia dan Vietnam saling menguji kekuatan sejak wisel permulaan, namun kedua-dua pasukan gagal mencari sentuhan penyudah untuk memecahkan kebuntuan pada babak pertama.

Aksi berlangsung seimbang dengan kedua-dua benteng pertahanan berjaya mengekang segala percubaan berbahaya yang dilancarkan lawan.

Memasuki babak kedua, pengendali negara, Tan Cheng Hoe melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Fergus bagi menambah sengat jentera serangan Harimau Malaya.

Percaturan itu nyata menjadi apabila penyerang berkenaan berjaya meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62 untuk meletakkan Malaysia di hadapan dan sekali gus menggegarkan kem Vietnam.

Vietnam cuba bangkit memburu gol penyamaan selepas itu, namun kekentalan benteng pertahanan negara memastikan segala usaha lawan berjaya dipatahkan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus mengesahkan kemenangan Malaysia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga tersebut.

Kejayaan menewaskan Vietnam menyaksikan Harimau Malaya menamatkan kempen Piala ASEAN FIFA 2026 tanpa sebarang kekalahan selepas merekodkan kemenangan ke atas Bangladesh, Singapura dan Vietnam, selain seri menentang Indonesia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN