Bukan malam Melaka - Zainal - Utusan Malaysia

Bukan malam Melaka – Zainal

PEMAIN KL City, J. Partiban (empat, kanan) ketika meraikan gol pasukannya. - UTUSAN/AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui rasa terkilan melihat pengakhiran perjalanan pasukannya tersingkir kemaraan ke pentas final Piala Malaysia buat pertama kali
dalam sejarah pertandingan itu.

Kemenangan itu sebaliknya memihak kepada Kuala Lumpur (KL) City yang menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 menerusi agregate termasuk aksi di masa tambahan.

Zainal berkata, beliau mengakui nasib dan rezeki sebenarnya tidak memihak kepada pasukannya untuk layak ke perlawanan akhir selepas 100 tahun menantiSelasa ini selepas 100 tahun.

Menurutnya, pemain telah berusaha bersungguh-sungguh mencipta banyak peluang termasuk di masa tambahan tetapi sememangnya tuah tidak memihak kepada pasukannya.

ZAINAL Abidin Hassan dalam sidang akhbar malam tadi.

“Apa yang boleh saya katakan malam itu bukan malam kami. Kita tidak bernasib baik kerana tuah dan rezeki bukan untuk pasukan saya.

“Kami sudah bersedia jika penentuan sepakan penalti jadi penentu namun sepakan Giovane Gomes mengenai palang gol dan kelebihan itu digunakan oleh KL City yang menyempurnakan kesemua sepakan penalti untuk menang.

“Saya sangat terkilan pengakhiran nasib Melaka tetapi saya terima keputusan ini. Pasukan saya tidak kalah kepada KL City cuma kita tewas dalam sepakan penalti,” ujarnya dalam sidang akhbar sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Dalam saingan separuh akhir kedua itu, Melaka yang ketinggalan 0-1 seawal minit kesembilan menerusi jaringan K. Partiban namun pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-65.

Perlawanan itu diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat namun keputusan kekal hingga penentuan sepakan penalti menjadi penentu.

Buat Zainal, beliau melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan pemain walaupun sedikit terganggu apabila perlawanan ditunda sejam ekoran gangguan bekalan elektrik di ruang dalam stadium termasuk lampu limpah terpadam hampir empat minit.

“Saya ucap terima kasih kepada pemain kerana semangat juang tinggi mereka hingga kita layak ke separuh akhir. Kecewa rasanya Melaka tidak dapat layak ke perlawanan akhir,” ujarnya.

Kejayaan mara ke separuh akhir katanya, membuktikan skuad Melaka telah berjaya dibentuknya menjadi sebuah pasukan yang lengkap untuk mengharungi cabaran musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya