Asyraf Wajdi persoal nama parti ‘Bangsa Malaysia’ - Utusan Malaysia

Asyraf Wajdi persoal nama parti ‘Bangsa Malaysia’

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempersoalkan kelulusan nama sebuah parti yang didakwa menggunakan nama ‘Bangsa Malaysia’. 

“Ketika rakyat sedang susah dan resah dengan kenaikan harga barang yang mendadak, apalah agaknya dalam kotak pemikiran menteri yang sudah beberapa kali melompat ini?

“Bagaimana, KDN (Kementerian Dalam Negeri) boleh meluluskan nama parti menggunakan ‘Bangsa Malaysia’?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook. 

Oktober lalu, tular sebuah gambar menunjukkan sebuah parti baharu dengan nama Parti Bangsa Malaysia (PBM) didakwa sudah didaftarkan pada 27 Oktober lalu. 

Gambar yang  tular mengenai kelulusan pendaftaran parti baharu itu turut dilihat memiliki cop yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). 

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada mana-mana pihak tampil mengaku sebagai pengasas atau individu yang mendaftarkan parti berkenaan. 

Rabu lepas, media melaporkan Parti Bangsa Malaysia  akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan depan dengan 13 ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan akan menganggotainya. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin  dikaitkan akan meneraju parti itu, namun pengasas parti iaitu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong berkata, Zuraida belum lagi menjadi presiden. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×