PETALING JAYA: Kira-kira 80,000 pekerja penghantar atau rider mendakwa mereka terus `diabaikan’ kerana sehingga kini belum ada garis panduan dari segi perundangan berhubung pekerjaan mereka. Sejak industri kerja sebagai penghantar berkembang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 2019 kerajaan seolah-olah belum `mengiktiraf’ aktiviti ekonomi gig tersebut. Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, perkara paling merisaukan ialah belum ada garis panduan, badan kawal selia dan undang-undang untuk melindungi pekerja penghantar tersebut. Menurut beliau, undang-undang atau garis panduan khas penting bagi menjaga keselamatan, kebajikan dan keadilan pekerja penghantar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya