Calon Datuk Bandar Muslim pertama New York dilabel pengganas

Calon Datuk Bandar Muslim pertama New York dilabel pengganas

ZOHRAN MAMDANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Zohran Mamdani, calon beragama Islam pertama yang berpotensi menjadi Datuk
Bandar New York kini menjadi sasaran ancaman Islamofobia selepas kejayaannya dalam
pemilihan utama Parti Demokrat baru-baru ini.

Ahli Dewan Perundangan Negeri berusia 33 tahun itu yang juga seorang sosialis demokratik menerima ancaman bunuh serta retorik perkauman dan antiMuslim dari tokoh-tokoh politik Republikan dan aktivis konservatif dalam talian.

Serangan termasuk tuduhan sebagai penyokong pengganas Hamas, pengganas jihad serta gesaan agar beliau diusir dari Amerika Syarikat (AS) meskipun beliau adalah warganegara AS.

Pihak yang menyerang Zohran menggunakan latar belakang imigran dan agama Islam beliau bersama pendirian politik progresifnya untuk menggambarkan pencalonannya sebagai ancaman kepada nilai
masyarakat.

Aktivis sayap kanan terkenal, Laura Loomer menulis di platform X bahawa akan berlaku lagi 9/11 di New York sekiranya Zohran memimpin manakala ahli Majlis Bandaraya New York, Vickie Paladino dalam satu temubual radio melabel beliau sebagai pengganas jihad yang diketahui umum dan seorang
komunis sambil menggesa agar beliau dihantar pulang walaupun Mamdani dilahirkan di AS.

Beberapa tokoh kanan pentadbiran Trump turut menyertai kutukan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN