Pemimpin dunia ejek, gelar Trump ‘sungguh bodoh’

Pemimpin dunia ejek, gelar Trump ‘sungguh bodoh’

DONALD Trump turun dari pesawat selepas menghadiri Sidang Kemuncak NATO di Maryland, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Beberapa pemimpin dunia dilaporkan mengejek dan mentertawakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di belakangnya dalam satu insiden yang mencuri perhatian ketika sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang berlangsung di Belanda baru-baru ini.

Menurut laporan Mirror US, perbualan tersebut dianalisis oleh pakar pembaca gerak bibir terkenal, Nicola Hickling yang mendakwa sindiran tajam dan gelaran menghina dilemparkan terhadap

Trump oleh beberapa tokoh terkemuka dunia termasuk Perdana Menteri Hungary Viktor Orban, Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dan Menteri Kewangan Norwa.y Jens Stoltenberg.

Dalam klip yang dianalisis, Rutte bertanya kepada Orban sama ada beliau sempat berjumpa dengan Trump sambil menunjukkan gerak tubuh yang menurut Hickling mencadangkan maksud tersirat.

“Ini Presiden AS. Sungguh bodoh (what a ‘tosser’). Dia mahu berjumpa di Perancis dan bercakap di sana,” balas Orban.

Perkataan ‘tosser’ yang digunakan Orban merupakan istilah kasar enam huruf dalam bahasa Inggeris British yang membawa maksud menghina atau memperlekeh.

Reaksi Stoltenberg yang dilihat terkejut disusuli dengan soalan yang mencerminkan kebimbangannya terhadap kenyataan Orban itu.

“Ia bergantung pada apa yang dia (Trump) mahukan,” balas Orban secara berkias.

Stoltenberg sekali lagi menekankan rasa tidak percayanya dengan berkata Orban memang memang gila namun dibalas Orban dengan nada tenang

“Sudah tentu ini beri kesan kepada dunia, bukan?” katanya yang disetujui oleh Rutte.

Orban kemudian mengulangi gelaran kasar kepada Trump, sekali lagi menunjukkan nada menghina terhadap pemimpin AS itu.

Insiden ini berlaku ketika Trump berdepan tekanan besar di dalam dan luar negara termasuk kritikan daripada Presiden Perancis Emmanuel Macron berhubung pendiriannya terhadap Iran.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan mengenai ketulenan perbualan itu namun pendedahan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×