Trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu masih lancar - Utusan Malaysia

Trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu masih lancar

KEADAAN trafik lancar walaupun jumlah kenderaan bertambah di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di Kuala Nerus, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Aliran trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di sini masih lagi lancar walaupun jumlah kenderaan bertambah di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Tinjauan Utusan Malaysia kira-kira pukul 5 petang ini mendapati kebanyakan kenderaan di susur keluar terakhir lebuh raya itu adalah bernombor pendaftaran Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Seorang perantau, Zharif Masduqi Hashim, 29, berkata, kepulangannya enam beranak ke kampung halaman di Kuala Terengganu dari Petaling Jaya, Selangor hari ini bertujuan mengelak kesesakan yang dijangka berlaku esok.

“Pergerakan dari ibu kota masih lancar ketika saya bertolak tengah hari tadi termasuk di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong tetapi bilangan kenderaan sudah mula banyak.

“Semestinya ramai yang bercuti panjang hingga Selasa depan terutama anak perantau yang sudah lama tidak pulang ke kampung,” katanya.

Terdahulu, LPT2 Sdn. Bhd. yang merupakan pengendali lebuh raya berkenaan menjangkakan jumlah kenderaan meningkat antara 38,000 hingga 45,000 buah setiap hari susulan kebenaran aktiviti rentas negeri. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya