Rentas negeri: Tempahan batu nisan meningkat - Utusan Malaysia

Rentas negeri: Tempahan batu nisan meningkat

MOHAMAD Fakhrur Razi Najib menunjukkan antara batu nisan ditempah pelanggan ketika ditemui di Kampung Berata, Segamat, Johor. -MINGGUAN//FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Permintaan terhadap batu nisan meningkat dengan ketara di daerah ini sehingga mencecah empat kali ganda berbanding sebelumnya setelah kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri.

Seorang pengusaha, Mohamad Fakhrur Razi Najib, 31, berkata, permintaan terhadap peralatan itu sejak beberapa hari lalu sangat luar biasa kerana ramai yang ingin meletakkan batu nisan baharu di kubur keluarga masing-masing.

Dia yang berkecimpung dalam perusahaan tersebut sejak 10 tahun lalu berkata, permintaan menggalakkan itu berpunca permintaan waris dari luar Johor yang kini boleh menziarahi pusara keluarga mereka.

“Batu nisan sedia ada banyak yang rosak atau retak kerana faktor cuaca panas dan hujan tidak menentu selain ada tulisan di batu nisan semakin pudar.

“Saya perlu tambah pekerja daripada dua kepada lima orang memandangkan kami menerima banyak tempahan sejak minggu lalu berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Berata, semalam.

Menurut Mohamad Fakhrur, proses menghasilkan batu nisan dan belindan agak rumit serta memerlukan ketelitian dan atas faktor itu, dia terpaksa mengambil kira jumlah bagi menjaga kualiti selain bimbang tidak sempat menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, ilmu pembuatan batu nisan diwarisi daripada bapanya, Najib Teh, 49, yang masih membantu dalam proses penghasilan peralatan berkenaan.

Tambahnya, bagi menghasilkan set batu nisan memerlukan dua hingga 14 hari bergantung kepada acuan dan jenis diinginkan pelanggan.

“Dari segi harganya pula, ia amat berpatutan berdasarkan kualiti bahan asas antaranya dari marmar, batu sungai, terazo dan granite yang berharga ratusan hingga ribuan ringgit termasuk kepuk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya