Polis siasat komen berbaur perkauman - Utusan Malaysia

Polis siasat komen berbaur perkauman

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung isu komen berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini pihaknya menerimq satu laporan berkaitan perkara itu. 

“Saya mengesahkan terdapat satu laporan polis diterima pada 3 Oktober (semalam) berkait perkara tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Noor Dellhan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Semalam satu kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona yang kini menduduki tangga ke-53 dunia itu tersebar di media sosial, ketika pemain itu berhadapan pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi, pada perlawanan kedua.

Ia susulan kekalahan Kisona di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman.

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk kecaman Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu. 

Berikutan tindakan menggunakan perkataan berbaur perkauman di paparan laman sosial, Borhanuddin Che Rahim tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.

Beliau juga meletakan jawatan Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN