ADUN Bersatu kekal dalam Exco Terengganu - Ahmad Samsuri

ADUN Bersatu kekal dalam Exco Terengganu – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang rombakan dilakukan terhadap barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu meskipun Pas memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedudukan Exco kerajaan negeri kekal seperti sedia ada tanpa sebarang perubahan.

“Masih sama. Itu saja,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco Terengganu di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu dan hanya menegaskan bahawa komposisi pentadbiran kerajaan negeri tidak berubah.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab persoalan mengenai kedudukan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris yang kini Exco kerajaan negeri susulan keputusan Pas menamatkan hubungan kerjasama politik dengan parti berkenaan.

Sebelum ini, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas parti berkenaan memperakukan ketetapan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu yang meneliti aspek dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik atas prinsip penyatuan ummah.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada Ogos 2023, Bersatu memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Hulu Besut, Permaisuri, Seberang Takir, Telemong dan Kijal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN