Penyelenggaraan LRA SSP1 selesai, bekalan air mula disalur - Utusan Malaysia

Penyelenggaraan LRA SSP1 selesai, bekalan air mula disalur

AMIRUDIN Shaari melihat paip saluran air lama yang ditukar sewaktu lawatan kerja-kerja pembaikan Loji Rawatan Air Selangor di Loji Rawatan Air Selangor SSP 1 Bukit Badong, Kuala Selangor, Selangor malam tadi. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bekalan air mulai disalur lebih awal pada pukul 3 pagi tadi berbanding pelan asal 5 pagi susulan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) siap pukul 8.15 malam, dua jam daripada waktu dijangka 11 malam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses kerja itu berjalan lancar sejak dilaksanakan bermula pukul 9 pagi melibatkan 18 kerja utama termasuk sembilan di LRA berkenaan.

“Alhamdulilah semua kerja penambahbaikan dan penyenggaraan selesai lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada pukul 11 malam.

“Ia menunjukkan bahawa kita mendahului dua jam daripada sasaran yang ditetapkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau LRA itu.

Beliau menambah, penyelenggaraan yang melibatkan penukaran paip utama baharu itu mempunyai jangka hayat antara 27 hingga 30 tahun.

Sebanyak 998 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual sehingga Sabtu ini.

Gangguan itu susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang menyebabkan henti tugas LRA SSP1.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menggerakkan 105 lori tangki air ke kawasan terjejas selain 18 pili air awam disediakan untuk kemudahan pengguna.

Jelas Amirudin, pihaknya dimaklumkan kerja di lokaliti hiliran turut sudah mencapai 90 peratus setakat ini.

“Proses agihan air kebiasaannya akan mengambil masa antara lima hingga enam jam selepas kerja penyelenggaraan siap.

“Namun, ia berjaya disiapkan awal dan membolehkan bekalan mula disalurkan kira-kira pukul 3 pagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya