Lebih 1.5b data peribadi FB dijual di dark web - Utusan Malaysia

Lebih 1.5b data peribadi FB dijual di dark web

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Maklumat peribadi membabitkan lebih 1.5 bilion peng­guna Facebook termasuk di Malaysia dilaporkan dijual di pasaran gelap atau dikenali sebagai dark web.

Situasi itu berlaku ketika peng­guna Facebook, Instagram dan WhatsApp di seluruh dunia me­ngalami gangguan enam jam, kelmarin dan awal pagi semalam.

Pasaran gelap maklumat pe­ribadi boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab de­ngan ‘menyamar’ watak sebagai pengguna media sosial itu untuk menjalankan pelbagai ke­giatan jenayah.

Antara jenayah tersebut adalah love scam selain perangkap untuk mengaut keuntungan de­ngan cara memalsukan maklumat peribadi berkenaan jika pengguna asal laman sosial itu tidak menyedari maklumatnya telah disalah guna pihak lain.Ketika ini, dianggarkan 80 peratus atau 25.3 juta daripada populasi Malaysia adalah pengguna internet untuk pelbagai aplikasi media sosial.

Bagaimanapun, setakat semalam pihak berkuasa negara ini belum mendedahkan kemungkinan jenayah kesan daripada gangguan Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Lapor Daily Sabah, beberapa tangkap layar ditemukan di Twitter menunjukkan satu hantaran yang dipercayai berkaitan dengan penjualan data peribadi 1.5 bilion pengguna Facebook di dark web.

Ia dapat dicapai menerusi alat khas dikenali sebagai Tor dan tidak boleh diindeks de­ngan carian laman sesawang se­per­ti Google.

Tangkap layar yang diambil dari laman dark web popular itu menunjukkan satu hantaran mengenai pangkalan data me­ngandungi lebih 1.5 bilion maklumat pengguna untuk dijual.

Namun jelas hantaran itu, pang­kalan data tersebut sudah dilupuskan tahun ini dan e-mel serta nombor telefon juga disertakan.

Satu lagi hantaran di laman media sosial menunjukkan tangkap layar yang tertera bahawa domain Facebook untuk dijual.

Pemeriksaan menggunakan perkhidmatan Whois di laman domaintool.com menunjukkan facebook.com diletakkan untuk dijual.

Malam kelmarin sehingga awal pagi semalam, platform Facebook, Instagram dan Whats­App mengalami gangguan di beberapa negara, selama hampir enam jam.

Menurut syarikat itu, pihak­nya menyedari sebahagian besar pengguna menghadapi masalah mengakses aplikasi Facebook.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak menyatakan punca yang menyebabkan gangguan tersebut. Dilaporkan, pengguna tidak da­pat mengakses Facebook di California, New York dan Eropah.

Sementara itu, pasaran Facebook dilaporkan jatuh sebanyak 5.4 peratus disebabkan ganggu­an berterusan yang turut mempengaruhi Instagram dan WhatsApp.

Indeks Komposit Nasdaq mengalami kerugian terbesar dari indeks utama, de­ngan jatuh 2.1 peratus kepada 14,255.48.
The Dow Jones Industrial Average pula susut 0.9 peratus kepada 34,002.92 manakala S&P merosot 1.3 peratus kepada 4,300.46. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×