Kilang perlu patuhi syarat MPKL, JAS - Utusan Malaysia

Kilang perlu patuhi syarat MPKL, JAS

AMIRUL AZIZAN ABD. RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan, pembukaan semula kilang bateri di sini adalah berdasarkan cadangan aktiviti pemasangan bateri.

Justeru, operasi pemasangan bateri adalah dibenarkan di kawasan perindustrian sederhana, namun pihak pengurusan kilang diarahkan mematuhi syarat yang termasuk memastikan jarak zon penampan iaitu tidak kurang daripada 150 meter.

Yang Dipertuanya, Datuk Amirul Azizan Abd.Rahim berkata, MPKL merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) berhubung pengoperasian semula kilang bateri yang didirikan dalam kawasan berhampiran kawasan rumah.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat adalah aktiviti yang dibenarkan terhad kepada pemasangan ‘rechargeable solar battery’ (AGM/VRLA/SLA battery) dengan kuantiti sebanyak 6,800 unit sehari dan sebarang proses peleburan dan pembuatan ‘lead plate’ tidak dibenarkan.

“Pengubahsuaian pelan lantai juga perlu dilakukan bagi mematuhi pelan lantai yang diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Amirul Azizan memaklumkan sudah mengadakan sesi libat urus bersama penduduk, wakil syarikat serta agensi kerajaan termasuk polis dan JAS yang juga melibatkan lawatan di dalam kawasan kilang berkenaan.

“Lawatan tersebut juga adalah untuk memastikan syarikat mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

“Pihak syarikat juga akan mengadakan lawatan tapak semula apabila semua syarat daripada JAS dipatuhi dan menjemput semua wakil-wakil agensi serta komuniti penduduk,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya