Kertas Pandora: SPRM minta kerjasama Anwar jika ada maklumat - Utusan Malaysia

Kertas Pandora: SPRM minta kerjasama Anwar jika ada maklumat

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Kertas Pandora yang dibangkitkan Ketua Pembangkang itu di Parlimen, baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama itu diperlukan sekiranya Ahli Parlimen Port Dickson tersebut mempunyai maklumat lanjut tentang isu melalui notis usul dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat.

“SPRM akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Kertas Pandora.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta beliau untuk memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Baru-baru ini, media melaporkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah antara nama disebut dalam pendedahan Kertas Pandora kerana mempunyai akaun luar pesisir.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Kertas Pandora yang membabitkan individu di negara ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya