MELAKA: Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang mempertikai keabsahan dan kewajaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka boleh mencetus kesangsian rakyat terhadap institusi Yang Dipertua Negeri. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menjelaskan, proses pembubaran oleh Tun Mohd. Ali Rustam mengikut Perlembagaan Negeri. Beliau berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah menghantar notis pembubaran DUN ke Pejabat Yang Dipertua Negeri,…










