[VIDEO] Kastam tahan `Datuk’, rampas RM14.4 juta syabu  - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kastam tahan `Datuk’, rampas RM14.4 juta syabu 

ABDUL Latif Abdul Kasdir (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dengan rampasan sebanyak 400 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM14.4 juta.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kegiatan sindiket tersebut terbongkar selepas pemeriksaan ke atas dua  kotak kayu mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu.

 

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam Cawangan Ibu Narkotik Ibu Pejabat JKDM  menyita dua buah kotak kayu di Kompleks Kargo Udara (KLIA) pada pukul 4.10 petang, Selasa lalu.

“Pemeriksaan ke atas kotak kayu tersebut menjumpai lapan kotak yang terdapat 400 bungkusan teh mengandungi syabu dengan anggaran berat 400 kg bernilai RM14.4 juta,” kata beliau pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, tiga lelaki tempatan berumur  25 hingga 56 tahun termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan di lokasi sama untuk membantu siasatan.

“Modus operandi sindiket ini mengisytiharkan barang dagangan itu sebagai troli hotel sedangkan di dalamnya terdapat kotak-kotak mengandungi dadah yang disorokkan bersama pakaian.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari pasaran tempatan dan luar negara sebelum dieskport ke negara-negaraAsia Pasifik,” katanya.

Kata Abdul Latif, sindiket tersebut dikesan telah 11 kali menyeludup dadah ke luar negara dipercayai menggunakan modus operandi sama sejak tahun lalu.

“Suspek bergelar ‘Datuk’ berusia 48 tahun yang ditahan  seorang ahli perniagaan.Setakat ini, siasatan masih diteruskan jika ada lagi penglibatan  individu lain dalam kes tersebut,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek  direman 14 hari  hingga 13 September 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya